Jenayah

70 GRO ditahan di Stulang Laut

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-
JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Johor menahan seramai 70 wanita pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata kesemua mereka yang berumur 22 hingga 35 tahun itu merupakan 62 orang rakyat Vietnam, tujuh rakyat China serta seorang rakyat Korea.

“Serbuan sempena Ops Bersepadu 6P pada pukul 10.30 malam dilakukan oleh 60 anggota dan pegawai.

“Ketika diserbu, kesemua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan,” katanya ketika dihubungi, Khamis.

Masri berkata, ada di antara mereka kemudian cuba bertindak melarikan diri ketika sedang berjalan menuju ke trak Jabatan Imigresen walaupun ketika itu sedang diiringi oleh penguatkuasa.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan.

Katanya, mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Pekan Nenas dekat Pontian untuk tindakan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");