Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

9,264 Belia Dapat Pekerjaan Menerusi PeKA

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-

Sehingga Ogos lalu, seramai 9,264 belia di Perak berjaya memperoleh pekerjaan selepas mendaftar dengan portal pekerjaan dalam talian, www.jobsperak.com yang diperkenalkan Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA).

Penyelaras Program Kerjaya dan Pembangunan Usahawannya, Mohamad Taufik Mohamad Saufee, berkata usaha yang dilaksanakan agensi itu mendapat sokongan baik daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam tersenarai serta pelbagai organisasi lain di seluruh Perak.

“Setakat ini, 850 syarikat menjalin kerjasama dengan PeKA bagi menjayakan inisiatif yang diwujudkan kerajaan Perak bagi menangani isu pengangguran,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, selain menyediakan peluang pekerjaan, PeKA turut berperanan membantu bakal-bakal graduan memperkasa diri bagi menghadapi cabaran menempuhi alam pekerjaan.

Terbaru, agensi milik penuh kerajaan negeri itu menganjurkan Karnival Mini Kerjaya Amanjaya yang berlangsung di Dewan Rumah Rehat, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Sabtu lalu, katanya.

Karnival sehari itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin.

Sebanyak 15 majikan dan agensi kerajaan bekerjasama untuk menjayakan karnival itu dengan mengadakan sesi temuduga kepada pencari kerja yang hadir.

Kira-kira 250 pengunjung termasuk ibu bapa hadir sempena karnival itu dan seramai 142 pencari kerja sudah berdaftar dengan PeKA.

“Misi utama PeKA adalah mewujudkan peluang pekerjaan dan pemadanan kerja, seterusnya memberikan peluang berkualiti kepada seluruh rakyat negeri Perak.

“Selain daripada itu, PeKA bertanggungjawab memberi bimbingan dan latihan kepada rakyat berkaitan kerjaya,” katanya lagi.

Menurutnya, melalui PeKA, para graduan dan belia yang menganggur bakal mendapat gambaran jelas dan lebih bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan di masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");