Isu Panas

Ada benarnya kata Dr Mahathir

umnoMereka yang sudah lama menjawat jawatan dalam Umno dan tidak lagi produktif perlu memberikan laluan kepada muka-muka baru menerajui parti, kata pemimpin veteran Umno.

Menurut Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, langkah itu juga merupakan sebahagian daripada transformasi politik – yang jika gagal dilakukan akan membawa musibah kepada Umno.

“Umno memerlukan perubahan dalam pelbagai aspek dan salah satu perubahan tersebut ialah kesediaan mereka yang sudah terlalu lama memegang jawatan berundur .

“Sekarang bahagian akan mengadakan pemilihan pada 19.10.2013 jadi saya mendesak kepada pewakilan Umno yang hadir pada persidangan tersebut supaya menolak pemimpin yang terlalu lama memegang tampuk kerusi.

“Bagi saya sampai 20 sehingga 25 tahun cukuplah, bagi pulak peluang kepada pemimpin muda,” katanya kepada Sinar Harian Online, di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan Umno terus mempunyai pemimpin pelapis serta bagi memastikan Umno terus releven menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kalau Umno tidak mahu ditolak menjelang PRU akan datang, langkah ini perlu dilakukan segera, jangan sampai Umno tiada pelapis,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata, Umno sedang menderita penyakit tua dan akan mati.

Mustapha juga menambah, sesetengah pemimpin yang mengekalkan jawatan dan memberi pelbagai alasan hanya akan membantut proses pendewasaan Umno dan menjadikan parti itu sebuah parti yang tidak progresif.

Katanya, pemimpin parti yang turut dikaitkan dengan masalah atau kepentingan keluarga serta peribadi juga sepatutnya mengambil pendekatan berhemah berundur secara terhormat bagi memberi laluan kepada muka-muka baru.

“Sikap keras kepala dan gilakan jawatan sehingga enggan berundur walaupun tercalit dengan isu kontroversi juga dikhuatiri boleh menyebabkan masyarakat memandang sinis terhadap kredibiliti Umno,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya ahli Umno bermuhasabah diri bagi mengelakkan Umno menjadi parti yang sakit oleh kerana sikap pemimpinnya yang tidak bertanggungjawab.

“Ahli Umno harus ingat, rakyat sedang menjadi pemerhati, ingat asal usul perjuangan, jagan jadikan Umno sebagi alat untuk mengaut keuntungan peribadi, tegasnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");