Berita Hari Ini

Akta Perlindungan mula dikuatkuasa

MITI

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menguatkuasakan Akta Perlindungan (Pindaan) 2012, berkuat kuasa 1 September 2013, yang merupakan pindaan kepada Akta Perlindungan 2006 (Akta 657) sedia ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyatakan akta yang dipinda itu memberi kuasa kepada Malaysia untuk menggunakan langkah-langkah perlindungan berdasarkan peruntukan dalam Perjanjian Perdagangan dua hala atau serantau.

“Akta Perlindungan 2006 sebelum ini hanya membolehkan Malaysia memulakan suatu penyiasatan dan melaksanakan tanggungjawab melindungi berdasarkan isu di peringkat global, iaitu hanya ke atas semua produk import yang terlibat, tanpa mengira sumber dan tanpa diskriminasi,” katanya.

Akta Perlindungan 2006 (Akta 657) membolehkan kerajaan mengambil tindakan perlindungan dalam mencegah atau memulihkan situasi serius akibat peningkatan produk-produk import tertentu dan memudahkan pelarasan ke atas industri tempatan yang terjejas, mengikut Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia bagi Perlindungan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");