Sukan Hari Ini

Alex Yoong ketuai pasukan negara acara luncur air

alex

Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF) menghantar kontinjen dianggotai tujuh atlet muda yang berusia seawal 15 tahun ke Kejohanan Nautique IWWF Asia 2013 di Jakarta, Indonesia dari 25 hingga 29 September.

Pasukan negara diketuai peluncur air veteran dan bekas pemandu F1 Alex Yoong, 37, yang merupakan atlet paling senior.

Atlet paling muda ialah Aiden Yoong Hanifah, yang membuat penampilan sulung pada usia 7 tahun, sama seperti kakaknya, Aaliyah, kini 10 tahun, yang juga membuat penampilan sulung pada Kejohanan Asia 2010.

Peserta lain ialah atlet luncur air wanita yang sedang mengukir nama Arianna Chow dan Nurulanis Mohd Isa, kedua-duanya berusia 12 tahun serta Syahir Rasimin dan Owen Huish, masing-masing 15 tahun.

Juara Asia dua kali bagi acara slalom, Phillipa Yoong akan menjadi kapten pasukan yang tidak meluncur kali ini kerana beliau masih dirawat berikutan kecederaan tulang belakang berikutan penyertaan dalam sukan luncur air.

Philippa dan jurulatih antarabangsa Marian Malaquin dari Perancis, memainkan peranan penting melatih serta menyediakan pasukan itu untuk latihan berpusat di Putrajaya sejak dua minggu lepas.

Phillipa, yang juga Naib Presiden MWWF, berkata beliau amat gembira dengan kemajuan peluncur negara dan tahap kesiapsiagaan mereka.

“Sasaran minimum kita ialah satu pingat emas, 2 perak dan satu gangsa, yang akan menjadi pencapaian cemerlang untuk pasukan muda Malaysia.

“Pasukan Malaysia mampu menyertai kejohanan ini dengan jumlah atlet lebih besar berikutan pengiktirafan kejayaan sukan luncur negara sebelum ini dan pembiayaan oleh Majlis Sukan Negara, Perbadanan Putrajaya, RipCurl dan lain-lain. MWWF amat bersyukur.”

Sejumlah 81 peluncur air dan atlet wakeboard dari 15 negara Asia akan mengambil bahagian pada Kejohanan Nautique IWWF Asia 2013.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");