Sukan Hari Ini

Alonso sedih kehilangan Massa

alfonso

PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso mengakui bukan mudah untuk beliau menerima pemergian Felipe Massa setelah pelumba itu membuat keputusan untuk meninggalkan Ferrari akhir musim ini.

Menurutnya, setelah bekerjasama dengan Massa sebagai rakan sepasukan sejak 2010, beliau berkata bukan mudah untuk beliau menyesuaikan diri dengan pelumba baru yang akan menggantikan tempat Massa.

“Bukan mudah untuk berpisah dengan seorang rakan sepasukan sepertinya, beliau sangat profesional dan setia dengan pasukan.

Saya yakin dia akan tampil cemerlang bersama Ferrari di saat-saat akhir kerjayanya musim ini.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Massa atas segala sokongan yang diberi selama ini dan juga sepanjang kami bersama dalam pasukan Ferrari,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");