Jenayah

Anggota polis ditikam suspek kes pecah rumah

crime

TAWAU 11 Sept. – Seorang sarjan polis cedera selepas ditikam dengan keris oleh seorang suspek kes pecah rumah di Felda Umas 4 di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ini ketika anggota berkenaan bersama tiga rakan yang lain cuba menangkap suspek di hadapan sebuah kedai koperasi.

“Semasa pergelutan itu, suspek menikam mangsa beberapa kali sehingga dia mengalami kecederaan di siku, lutut, jari dan perut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, polis berjaya memberkas suspek dan merampas sebuah komputer riba serta motosikal daripadanya yang disyaki dicuri.

Dalam perkembangan lain, Awang Besar berkata, polis memberkas sembilan orang pendatang tanpa izin di tiga lokasi semalam.

Mereka ditahan dalan sekatan jalan raya di Jambatan Putih, Jalan Kuhara dan Jalan Apas.

Seramai 12 individu termasuk seorang penjawat awam yang positif dadah turut ditahan dalam operasi itu, katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");