Berita Hari Ini

Aplikasi SaveME 999 untuk OKU dilancarkan

Ahmad Shabery CheekOrang kelainan upaya (OKU) khususnya berkaitan pendengaran dan pertuturan, kini boleh memanfaatkan teknologi telefon pintar untuk mendapatkan perkhidmatan kecemasan menerusi aplikasi ‘SaveME 999’.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sistem itu membolehkan OKU menghubungi pusat panggilan Malaysian Emergency Response Service (MERS 999) bagi mendapat bantuan kecemasan serta-merta.

“Kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion ringgit bagi membangunkan sistem alternatif untuk OKU ini yang menghubungkan mereka kepada lima agensi iaitu polis, bomba, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan aplikasi SaveME 999 yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi www.999.gov.my menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android (versi 2.2 ke atas), iOS (versi 5 ke atas), BlackBerry (versi 6 dan 7) dan Windows (versi 7 dan 8).

Mengulas lanjut, Ahmad Shaberry berkata setakat ini sembilan negeri telah

dilengkapi sistem MERS 999 manakala lima negeri lagi iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu dijadual mempunyai sistem itu selewat-lewatnya tahun depan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");