Perak Hari Ini

Azri Tanding Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut

PT Azri1

Calon Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut, Azri Jaafar berazam untuk memastikan UMNO bahagian terus berada di tahap terbaik, sekaligus menjadi sebuah parti yang utuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Beliau yang juga Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, antara misi yang bakal dilakukan sekiranya terpilih sebagai Naib Ketua ialah menambah bilangan ahli baru dalam UMNO.

“Kita mahu mengemaskini ahli-ahli UMNO di Bahagian Lumut dan memperhebatkan lagi gerakan untuk mendaftar pengundi muda.

“Saya juga berhasrat untuk mengatur dan memberi latihan kepada jentera-jentera parti bagi menghadapi PRU-14.

“Kita perlu ada latihan dan mungkin menghadapi kegagalan jika tidak menyediakan jentera yang berilmu dan berkebolehan serta mempunyai jati diri yang kuat.

“Tiga perkara ini saya akan utamakan iaitu penambahan ahli, pendaftaran pemilihan dan menyediakan latihan untuk jentera parti,” katanya yang juga bekas Setiausaha UMNO Bahagian Lumut.

Menurutnya, kaedah pemilihan secara terbuka yang diperkenalkan UMNO bermula tahun ini membuktikan parti tersebut begitu telus dalam menentukan barisan kepimpinan dalam parti di setiap peringkat.

“Sebagai bekas Setiausaha UMNO Bahagian Lumut, saya mengambil kesempatan ini bagi menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut.

“Saya ingin memberi khidmat kepada UMNO Bahagian Lumut dengan membantu Ketua Bahagian iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam menghadapi PRU-14.

“Pengalaman sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Lumut sebelum ini dilihat mampu membantu saya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Naib Ketua sekiranya diberi kepercayaan oleh perwakilan pada 19 Oktober nanti.

“Saya tidak dapat menjanjikan sesuatu tetapi Insya-Allah akan memberi perkhidmatan yang terbaik di atas amanah yang diberi untuk parti UMNO,” katanya lagi.

Azri bakal ditentang oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Lumut, Jamaluddin Majid dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Tiram, Rosli Yaakob.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");