Jenayah

Batu, pasir terbang masuk tadika

batu

Connie menunjukkan tembok batu yang dikatakan menimbulkan masalah apabila batu dan pasir berterbangan masuk ke kawasan tadika:-

SERI KEMBANGAN – Pembinaan tembok batu setinggi hampir 12 meter berdekatan Tadika Persatuan Murid-murid Tua Serdang di sini menghantui warga sekolah berkenaan sejak dua bulan lalu.

Bahan pembinaan termasuk pasir dan batu-batu kecil dikatakan sering berterbangan di kawasan sekolah dan paling dibimbangi ia dikatakan masuk ke ruang murid melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi setiap hari.

Guru besar tadika berkenaan, Connie Ng berkata, sejak pembangunan dimulakan di kawasan belakang sekolah itu, pelbagai masalah menghantui fikirannya.

Katanya, disebabkan terdapat lubang kecil di pagar zink memisahkan kawasan pembinaan dengan sekolah, pekerja asing dikatakan sering mengganggu anak-anak kecil berusia empat hingga enam tahun.

Disebabkan itu, katanya dia terpaksa mengambil inisiatif menampal lubang berkenaan kerana bimbang anak-anak kecil di bawah jagaannya diganggu lagi.

Selepas masalah itu berakhir, katanya, isu lain pula timbul apabila pihak pemaju mendirikan tembok batu dengan ketinggian hampir sama sebuah rumah tiga tingkat.

“Batu-batu kecil dan pasir sering jatuh ke kawasan tadika, ia memang agak membahayakan, disebabkan itu saya terpaksa memendekkan waktu riadah murid dari setengah jam kepada 15 minit sahaja kini.

“Ia berikutan saya takut apa-apa kemalangan membabitkan mereka,”katanya.

Sementara itu, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Beliau meminta MPSJ menyiasat sama ada pemaju memenuhi syarat dan ciri keselamatan yang ditetapkan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");