Berita Hari Ini

Bimbang Malaysia jadi seperti Mesir

mesir sinar harian

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan berhubung nasib negara ini bakal berakhir seperti Mesir jika transformasi yang dilaungkan tidak dipimpin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung pendekatan transformasi oleh moderator pada Dialog Bersama Pemimpin berjudul Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, semalam.

“Mereka (orang muda Asia Barat) mahukan transformasi tetapi jika ia tidak diberi panduan, kalau transformasi itu tidak terpimpin, kita bimbang apa yang berlaku di Mesir, Syria sekarang ini jadi huru-hara, akan berlaku di Malaysia.

“Maksudnya ialah, dia nak transformasi tetapi kita kena tunjukkan pada dia transformasi kepada apa?

“Mestilah kita nak perubahan yang tak berapa baik kepada yang lebih baik. Silap-silap kita dapat sesuatu yang lebih tak baik daripada yang tadi dan itu yang berlaku di Mesir sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut soal itu, beliau diberitahu pelajar Malaysia yang pulang dari Mesir, ekoran krisis berlaku, harga makanan di Mesir melambung tinggi.

“Ada orang sebut, roti zaman mubarak dulu pun suku saja harganya daripada sekarang.

“Saya berbual dengan pelajar-pelajar kita yang belajar di sana yang pulang ke Kedah, mereka kata harga makanan melambung naik di sana. Zaman Mubarak dulu tak ada begini. Jadi, walaupun dia diktator tapi bahan asas dia kawal,” katanya.

Beliau mengingatkan agar perubahan yang mahu dibawa di Malaysia perlu jelas tujuannya.

“Transformasi itu kena lebih baik daripada sekarang ini. Sama dengan Malaysia. Kita nak bawa perubahan, kita nak transformasi tetapi kita kena jelas transformasi yang jenis apa kita mahu.

“Mesti kena analisa keadaan kita sekarang ini macam mana, di mana kelemahannya, apa yang boleh ditambah baik dan bagaimana kita nak menggunakannya?,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");