Membawang Hari Ini

Bintang utama James Dean

james deanPENGARAH Anton Corbijn membuat pengumuman telah mengenal pasti dua aktor yang bakal membintangi filem biografi James Dean yang berjudul ‘Life’.

Selain memilih Dane DeHaan sebagai James Dean, aktor Twilight, Robert Pattinson turut dipilih untuk membawa watak sebagai Dennis Stock yang merupakan sahabat baik kepada Dean.

“Aktor yang dipilih untuk memegang watak sebagai James Dean akan menggalas tanggung jawab besar. Namun setakat ini, DeHaan sudah membuktikan dia mampu menggalasnya,” katanya.

Merupakan bintang popular era 50-an, James Dean, berjaya merangkul gelaran pertama bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Academy Awards.

Meninggal dunia pada usia 24 tahun kerana kemalangan, Dean bagaimanapun masih dikenang sehingga kini. Filem-filem lakonannya seperti ‘Rebel Without a Cause’ (1955), ‘East of Eden’ (1955), dan ‘Giant’ (1956), meninggalkan kesan mendalam buat peminatnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");