Perak Hari Ini

Cadangan Gabung 27 IPGM Jadi Universiti Pendidikan Akan Dikaji: TPM

PERAK TODAY 7

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan belum lagi berhasrat mewujudkan universiti pendidikan yang baru tetapi sedia menimbang cadangan menggabungkan 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh negara menjadi sebuah universiti pendidikan yang lebih besar.

Ditemui pada sesi dialog perjumpaan khas bersama warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Timbalan Perdana Menteri di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di Tanjung Malim hari ini, beliau yang juga Menteri Pendidikan bagaimanapun, berkata ia harus mengambil kira pelbagai aspek seperti tempoh masa, bidang dan kemahiran yang akan diajar serta bentuk pengajaran yang bakal digunakan.

“IPGM sama tarafnya seperti sebuah universiti cuma yang terlatih di situ adalah untuk bakal guru yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah.

“Samada IPGM akan berganjak, dinamakan semula atau diletakkan sebagai satu universiti yang besar, ini cadangan yang kita boleh kaji,” katanya mengulas cadangan seorang alummi UPSI agar semua IPGM diletakkan di bawah universiti itu di sebalik ura-ura memansuhkannnya.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin mengesa semua mahasiswa dan mahasiswi di pusat pengajian tinggi awam dan swasta menggunakan pertimbangan yang waras terhadap pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Katanya, dengan kelonggaran yang diberi itu, pelajar tidak seharusnya terlibat atau bergiat dalam politik di luar kampus sebaliknya membentuk satu budaya kampus yang sihat.

“Sebarang permasalahan yang timbul boleh disalurkan melalui peringkat universiti, kementerian mahu pun kerajaan,” kata Muhyiddin lagi.

Menurutnya, kesemua permasalahan atau aduan perlu disampaikan secara tertib, berdisplin serta menggunakan bahasa yang baik.

Tambah beliau lagi, isu –isu yang dibawa dalam Majlis Perundingan Pelajar turut diambil kira sekaligus membuktikan masalah serta keperluan generasi muda tidak diketepikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");