Sukan Hari Ini

Chelsea tidak lagi hebat

jose morinho

SETELAH tewas 0-1 kepada Everton Ahad lalu, pengendali Chelsea, Jose Mourinho seakan mengangkat ‘bendera putih’ apabila mengingatkan kepada pemilik dan peminat The Blues agar tidak mengharapkan sebarang juara pada musim pertamanya sejak kembali melatih.

Menurut Mourinho, beliau juga tidak mahu semua orang fikir sejarah beliau pernah membimbing Chelsea pada 2004 akan berulang kembali pada musim ini.

Ini kerana katanya, Chelsea bukan lagi sebuah pasukan hebat dan beliau memerlukan masa untuk melonjakkan kembali The Blues ke landasan yang sebenar.

“Tidak, ini bukan 2004 lagi. Chelsea sudah tidak hebat. Dulu kita pernah tewas kepada Manchester City pada Oktober, dan satu-satunya kekalahan, tetapi itu bukan sebabnya. Chelea sekarang berbeza dan hilang aura.

“Tapi ia tidak membimbangkan dan sebab itu saya datang ke sini untuk bekerja. Malah saya suka dengan cabaran kerana saya sendiri tidak suka bekerja dengan aman. Cuma kita perlukan masa untuk membangunkan kembali Chelsea.

“Kita harus efektif, matang dan tidak naif. Itulah yang harus kami lakukan. Kami harus mengubah corak permainan dan saya akan membuat analisis apa yang akan dilakukan nanti,” katanya,

Kekalahan itu menyebabkan Chelsea terlepas peluang menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan menjadi kekalahan pertama skuad bimbingannya di musim ini selepas kembali semula ke England.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");