Sukan Hari Ini

Chong Wei juara terbuka Jepun

chong wei

PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan kali keempat Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2013 dengan menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago, hari ini.

Chong Wei yang mengambil masa 55 minit mudah menewaskan pemain tuan rumah itu dengan straight set 23-21, 21-17.

Untuk rekod, Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali iaitu pada 2007, 2010 dan 2012.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan Siri Super yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$200,000 (RM646,754).

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");