Isu Panas

DAP Patut Guna Peluang Cuci Kekotoran Pemilihan Bukan Dolak Dalih

Lim-Guan-Eng

Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kini tidak boleh lagi terus mengelak daripada menjawab kontroversi pemilihan jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC).

Tegasnya kini hanya tinggal lebih kurang dua minggu untuk DAP membuktikan bahawa segala cakap-cakap dan tohmahan terhadap DAP adalah tidak benar.

Jelas beliau lagi pemilihan semula CEC bakal diadakan pada 29 September ini dan inilah peluang untuk Guan Eng membuktikan bahawa DAP adalah parti yang telus seperti yang sering diwar-warkannya.

Sekiranya pemilihan semula tersebut gagal maka terbuktilah DAP hanya pandai berkokok dan dakwaan ahli mereka bahawa terdapat salah guna kuasa di dalam pemilihan tersebut adalah benar.

“Guang Eng tidak boleh terus lari daripada memikul tanggungjawab ini. Tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta politik wang adalah satu tuduhan berat apatah lagi ianya disuarakan sendiri oleh ahli DAP.

“Guang Eng adalah orang paling kuat mendabik ada kononnya mereka telus, bersih dan anti rasuah. Mereka sering menuding jari kepada UMNO dan BN yang kononnya mengamalkan politik wang dan melakukan salah guna kuasa.

“Jadi, dia telah gagal membuktikan pada pemilihan CEC yang lalu sehinggakan terpaksa diadakan pemilihan semula. Inilah masanya untuk DAP membuktikannya,” ujar Hafizah kepada UMNO-Online.

Pemilihan CEC DAP yang diadakan sebelum ini telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti itu sendiri malah Guan Eng sendiri telah mengaku terdapat salah kira undi.

Namun jawapan yang tidak jelas oleh Guan Eng telah menyebabkan ahli-ahli DAP membuat laporan kepada ROS untuk diadakan siasatan. Mereka tidak berpuas hati dengan jawapan salah kira undid an unsure manipulasi termasuk dalam kes Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Howard Lim yang pada mulanya berada pada kedudukan 39 boleh melompat kepada kedudukan 20.

“Kita tunggu dan lihat adalah Guan Eng akan terus beretorik ataupun belajar untuk bercakap benar,” jelasnya lagi.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");