Membawang Hari Ini

Digelar ‘muzik kampung’

aqsara

PASIR MAS – Kumpulan Aqsara yang dianggotai empat anak muda bertekad memperjuangkan lagu dialek Kelantan hasil ciptaan mereka ke luar negeri ini dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Aqsara, Mohd Izuan Azra Baharom, 26, berkata, pihaknya yakin konsep yang dibawa kumpulan itu mampu menepati cita rasa pendengar dan peminat lagu-lagu daerah dari luar Kelantan.

“Selaku anak muda, kami terpanggil untuk memperjuangkan lagu-lagu daerah dan merupakan sebahagian daripada keunikan seni hiburan yang ada di Kelantan.

“Kebanyakan lagu-lagu daerah ini dinyanyikan oleh artis dikir barat dan kelainan yang cuba dibawakan mereka itu diharap dapat menjadi sebahagian legasi yang menyambung perjuangan seni berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Izuan berkata, meskipun konsep lagu daerah yang mereka bawa digelar sebagai ‘muzik kampung’ namun, ia tidak mematahkan semangat perjuangan Aqsara.

Menurutnya, mereka sengaja membawa konsep berkenaan kerana mahu mencari kelainan dalam industri seni.

“Alhamdulillah konsep yang kami bawa diterima baik oleh pendengar dan respons diperoleh menerusi jualan album sulung kami yang diterbitkan tahun lalu ,” katanya.

Album pertama Aqsara yang berjudul Pesan Bonda itu menampilkan lapan lagu hasil ciptaan ahli kumpulan mereka sendiri iaitu, Mohd Fazrul Hafiz Rosli, 24, (gitar utama), Ikram Abdul Hadi, 19, (bass) dan Nik Ahmad Farhan Nik Mazli, 19, (Vokalis).

Antara lagu yang sering mendapat permintaan setiap kali membuat persembahan ialah Hati Beruboh Lain dan Kelate Buleh yang bertemakan The Red Warriors.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");