Jenayah

Dua mati ditembak dalam Myvi

melaka

ANGGOTA polis mengawal di kawasan kejadian berbalas tembak hingga mengakibatkan dua samseng mati di Cheng semalam:-

MELAKA – Dua anggota kumpulan kongsi gelap bergelar Geng 36 yang diburu sejak dua tahun lalu kerana terlibat dalam tujuh kes bunuh bertemu buku dengan ruas apabila mereka mati selepas berbalas tembak dengan polis selama 10 minit berhampiran pasar raya Tesco, Cheng di sini semalam.

Kejadian mencemaskan di persimpangan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dan Alor Gajah-Masjid Tanah-Jasin (AMJ) pada pukul 9.20 pagi itu mengakibatkan suspek berusia 25 dan 35 tahun tersebut mati di dalam kereta Perodua Myvi dinaiki mereka.

Salah seorang penjenayah tegar itu merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat.

Difahamkan, sebelum kejadian, polis yang mendapat maklumat mengenai kehadiran suspek telah mengarahkan mereka supaya memberhentikan kereta ketika terserempak di persimpangan tersebut.

Suspek yang degil kemudian telah bertindak nekad dengan melepaskan lima das tembakan ke arah pasukan keselamatan tersebut.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");