Perak Hari Ini

Guan Eng Seorang Pembuli

parti gerakan

“Tindakan Guan Eng yang mengeluarkan ugutan saman terhadap Ko Youn jika tidak menarik balik kenyataan dalam tempoh 48 jam membuktikan pemimpin DAP itu seorang pembuli,”.

Demikian kata Ketua Gerakan Bahagian Gopeng, Dr Lee Chee Pheng, yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja mahu membuli Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn untuk membuktikan dakwaan semasa persidangan perwakilan parti di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Tindakan Guan Eng itu boleh dianggap sebagai pembuli hanya kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ko Youn bukannya berbentuk dakwaan malah ianya satu pandangan jujur.

“Bukankah negara ini mengamalkan kebebasan? Jadi, ianya tidak salah jika beliau mahu menyuarakan pendapat,” jelas Chee Pheng lagi.

Beliau turut mengulas kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP terbabit dalam media tempatan hari ini yang menyatakan Ko Youn sebenarnya mengalami tekanan hebat adalah tidak benar.

“Itu semua karut dan tidak benar sama-sekali kerana Ko Youn sentiasa sedar dalam mengeluarkan apa jua kenyataan dan beliau juga sangat berdedikasi dalam menguruskan hal pentadbiran parti.

“Mana mungkin beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai kempen sedangkan ianya tiada kaitan langsung,” tegasnya kepada pemberita pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Gerakan negeri, Datuk See Tean Seng.

Tambah Chee Pheng lagi, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung isu kerana ia jelas membuktikan sikap sebenar Guan Eng itu sebagai pembuli.

“Politik yang sihat adalah melalui saluran debat yang baik sekaligus menjurus kepada pentadbiran yang terurus.

“Kami percaya dengan perbincangan terbuka serta prinsip-prinsip asas demokrasi yang diamalkan parti, ugutan ini langsung tidak memberi ancaman,” katanya.

Sebelum ini, R.S.N. Rayer memberi tempoh 48 jam kepada pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn untuk mengemukakan keterangan dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima itu mencabar Chang membuktikan bahawa Guan Eng hanya memihak kepada orang kaya dan membuat keputusan tanpa kelulusan exco negeri dan jawatankuasa perancang negeri, seperti yang didakwa oleh Chang dalam ucapannya pada pilihan raya Gerakan negeri baru-baru ini.

Rayer yang merupakan seorang peguam juga menasihatkan Guan Eng untuk tidak menyaman orang seperti Chang ketika Gerakan sedang dalam proses pilihan raya parti nasional.

“Lim mempunyai hak untuk mendakwa Chang kerana fitnah pembohongan seperti itu.

“DAP tidak mempunyai minat untuk terlibat dalam hal ehwal dalaman Gerakan.

“Saya akan menasihati Lim supaya tidak menyaman Chang memandangkan Gerakan sedang dalam proses pilihan raya dengan membuat pembohongan bahawa Lim membuat keputusan secara haram,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");