Berita Hari Ini

Hujan lebat: Trafik perlahan di Lembah Klang

trafik

KUALA LUMPUR – Trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang petang ini berikutan hujan lebat dan banjir kilat di beberapa kawasan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu Bernama, setakat 5 petang, trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dari PJS2 menuju Maju Jaya serta di persimpangan lampu isyarat Taman Medan kerana banjir kilat.

“Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Kesas dari Sri Petaling menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) disebabkan hujan lebat dan faktor cuti hujung minggu.

“Keadaan sama berlaku selepas Plaza Tol Grand Saga menuju ke Plaza Phoenix serta dari Plaza Tol Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan,” kata jurucakap itu.

Sementara itu, Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima laporan banjir kilat di Jalan Klang Lama kira-kira 4.50 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil telah dikerahkan ke lokasi berkenaan.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima beberapa laporan kenaikan paras air di beberapa kawasan di ibu negara akibat hujan lebat, namun telah surut selepas hujan reda.

Dalam pada itu, jurucakap Bomba Selangor berkata pihaknya menerima laporan kejadian pokok tumbang kira-kira 4 petang di beberapa kawasan di sekitar bandar Klang dan Pekan Meru dipercayai berpunca daripada angin kencang serta hujan lebat.

Beberapa jentera dari balai bomba berhampiran telah dikerahkan bagi mengalihkan pokok-pokok berkenaan, katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");