Sukan Hari Ini

Isu bola: Khalid diingat tak mudah melatah

KHALID SINAR

Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Selangor menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mudah melatah dalam isu untuk memajukan bola sepak di negeri ini.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, Khalid perlu memandang serius idea yang diberikan oleh pemuda PR untuk memantapkan sukan bola sepak di Selangor.

“Justeru, AMK selangor mengharapkan menteri besar agar tidak terus melatah dalam perkara ini.

“Dan yakin anak muda Selangor terutama dari AMK dan Pemuda Pas Selangor sendiri dengan rela hati untuk duduk bersama bagi memberikan idea-idea bernas ke arah kemantapan urus tadbir sukan bola sepak di negeri Selangor,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Azmizam menyokong saranan Pas dengan menegaskan pertimbangan sukan sebagai teras penyatuan rakyat melampaui perkiraan untung rugi, selagi tidak membazir.

Pada Selasa, Khalid dilapor meminta Pemuda Pas Selangor membuat pilihan di antara “masjid atau bola” apabila kepimpinannya dalam hal perkembangan sukan itu dipersoalkan.

Cabaran itu dilontarkan Khalid sewaktu mengulas dakwaan kekurangan penajaan MBI menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan Selangor dipancing pasukan lain.

“Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda Pas berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

“Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) Pas berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak? Jadi kita kena buat pilihan,” katanya

Dalam pada itu, Azmizam juga turut menyarankan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dirombak bagi mengelakkan pasukan The Red Giants Selangor terus layu.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");