Berita Hari Ini

Jemaah haji dinasihat bawa bekalan topeng

JEREBU JB

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya membawa bekalan topeng muka untuk digunakan di Makkah.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH), Anis Zuhani Ahmad berkata, mereka perlu memakai topeng itu sebagai langkah keselamatan dan kesihatan kerana kawasan sekitar Masjidil Haram berhabuk ekoran kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan.

Katanya, cuaca panas terik dan kenderaan yang banyak serta kerja pembinaan yang dijalankan di sekitar kawasan masjid menyumbang kepada persekitaran berhabuk.

“Kami nasihatkan jemaah yang masih berada di Malaysia supaya membawa bekalan topeng muka dan memakainya apabila berada di sini,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Jutaan umat Islam dari seluruh dunia kini berada di Makkah sebagai persiapan mengerjakan ibadah haji.

Setakat ini, kira-kira 70 peratus atau 13,833 jemaah haji Malaysia kini berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji bulan depan.

Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan kuota 22,320 jemaah haji dari Malaysia untuk menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");