Jenayah

Jenayah pecah rumah di Selangor meningkat

crime

SUBANG JAYA – Jenayah pecah rumah di Selangor dilaporkan meningkat 16 peratus dalam tempoh sama berbanding tahun lalu,”kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Katanya, antara kawasan panas direkod mengalami pertambahan kes termasuk Klang, Kajang, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain yang mengalami banyak pembangunan.

Mohd Shukri berkata, selain itu, kecurian motosikal dan kereta juga direkod mencatat peningkatan kes berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, polis akan melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa dan mengkaji kelemahan yang wujud sehingga menyebabkan kes-kes terbabit bertambah.

“Kejadian pecah rumah di Selangor agak tinggi khusus di beberapa daerah dan pihak polis mendapati kebanyakan lakukannya adalah warga asing, penagih dadah serta mereka yang mengambil peluang melakukannya.

“Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), polis dikehendaki menurunkan kadar kes pecah rumah sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“Kami akan mencari langkah bagi meengekang kejadian jenayah ini dari terus berlaku,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pusat Kepolisan Masyarakat (CP) Subang Jaya di pangsapuri Angsana USJ 1, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Persatuan CP Malaysia, Kuan Chee Heng.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");