Berita Hari Ini

Jenazah Azizan selamat dikebumikan

Azizan-Election-Kedah-300x202

ALOR SETAR – Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada jam 4.50 petang.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga PRU13 Mei lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini jam 11.05 pagi ini akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.

Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu beliau, Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");