Jenayah
Like

KDN: 92 penjenayah ditembak mati

September 24, 2013
42 Views
0 Comments
1 minute read
no-cover

crime

KUALA LUMPUR – Seramai 92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada jumlah itu, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan selebihnya dari Indonesia, Myanmar serta Nigeria.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him secara bertulis pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tong Him menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung jumlah kes anggota polis menembak mati individu ketika menjalankan penguatkuasaan dan penangkapan bagi tahun 2011 hingga 2013.

Menurutnya, pihak polis tidak sewenang-wenangnya melepaskan tembakan dalam menjalankan tugas.

“PDRM sentiasa mengingatkan semua anggotanya agar mengambil langkah-langkah keselamatan diri dan juga limitasi kuasa semasa menggunakan senjata api.

“Kadangkala terdapat tindak balas daripada penjenayah yang mana pertembungan ini membawa kepada kejadian tembak menembak atau diserang dengan senjata yang berbahaya hingga menyebabkan polis terpaksa bertindak pertahankan diri,” katanya.

Beliau berkata, setiap kejadian tembak akan disiasat dengan rapi dan jika berlaku kecuaian, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

“PDRM tidak teragak-agak ambil tindakan tegas atas mana-mana pegawai atau anggota berkenaan termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

“Sehingga kini, dua orang polis telah didakwa di mahkamah atas kecuaian melepaskan tembakan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat

Leave a Reply