Sukan Hari Ini

Koo-Tan wajar diberi peluang: Razif

razif sidek

Kuala Lumpur: Bagi mereka peluang! Itu kata bekas pakar beregu negara, Razif Sidek mengulas keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di bawah tampuk pimpinan baru, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif yang terus memberi kepercayaan terhadap gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Razif yang kini kembali membantu BAM sebagai penilai bebas di bawah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) yakin Tengku Mahaleel pasti ada alasan kukuh memberi peluang itu dan Koo-Tan harus menggunakan peluang dengan sebaiknya.
“Mungkin presiden nak lihat komitmen Koo-Tan dengan pengurusan baru ini,” kata Razif semalam. “Sekarang ini saya dan (Tan) Aik Mong (Pengarah TMG) akan berjumpa mereka untuk mengetahui masalah dihadapi.”

Jangan salahkan sesiapa

“Koo ada berkata dia berlatih dengan bersungguh sebelum Kejohanan Dunia tetapi keputusannya tidak memberangsangkan, tetapi apabila tidak berlatih dengan baik seperti di Olimpik, mereka berjaya membentuk gandingan mantap.

“Jadi ada masalah yang harus ditangani di sini dan kita perlu tahu apakah yang sebenarnya. Kita juga tidak boleh salahkan sesiapa dan perlu melihat apakah keperluan, masalah dihadapi serta perancangan mereka selepas ini,” kata Razif yang akan bertemu Aik Mong hari ini untuk mengetahui bidang tugasnya.

Kongsi idea baru
Sementara itu, bekas Pengarah Prestasi Tinggi (HPD), Datuk James Selvaraj berkata, struktur baru pengurusan BAM kelmarin – TMG dan Kumpulan Khidmat Sokongan (TSG) – yang menampilkan keterbukaan BAM memanggil bekas pemain seperti Razif adalah sangat dinanti-nantikan.

“Inilah yang kami nanti-nantikan apabila BAM memberi kepercayaan kepada semua orang untuk mengeluarkan idea dan buah pemikiran masing-masing. Pengurusan baru ini lebih terbuka.

“Sudah tentu ia akan memberi peluang kepada bekas pemain untuk berkata sesuatu… ini satu berita baik untuk masing-masing mencari idea baru selain BAM dapat mengetahui maklum balas yang akhirnya mencetuskan jalan penyelesaian lebih positif,” kata bekas pemain yang pernah mewakili negara di tiga siri Piala Thomas pada 1975/76, 1978/79, 1981/82 itu.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");