Perak Hari Ini, Sukan Hari Ini

Korea Selatan Juara Hoki Piala Asia, Malaysia Tangga Keempat

hoki asia

SKUAD Korea Selatan dinobatkan sebagai juara hoki Piala Asia 2013 selepas menewaskan pasukan India dengan jaringan tipis 4-3 dalam saingan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, malam tadi.

Dengan kejuaraan itu, Korea Selatan sekaligus secara merit layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Pemain Korea Selatan, Kang Moon Kweon menafikan India laluan automatik ke Piala Dunia 2014 selepas menyumbat gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-68.

Biarpun sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebelum turun ke final, pasukan itu tetap mempamerkan gerakan rancak untuk mendahului pasukan lawan 2-0 pada separuh masa.

Jang Jong Hyun membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan seminit kemudian giliran You Hyo Sik menambah jaringan menerusi gol padang.

India bagaimanapun enggan mengalah sebaliknya bangkit pada babak kedua perlawanan apabila Rupinder Pal Singh merapatkan jurang jaringan pada minit ke-48 hasil pukulan sudut penalti.

Seterusnya, pasukan itu menambah jaringan gol apabila Nikkin Thimmaiah dan Mandeep Singah masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-55 dan 65.

Namun, Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke 59 dan kejayaan Moon Kweon menjaringkan gol kemenangan untuk untuk mendahului 4-3 melenyapkan impian pasukan India untuk bergelar juara.

Sementara itu, hasrat tuan rumah, Malaysia untuk menamatkan cabaran di tempat ketiga tidak kesampaian apabila sekadar meraih tempat keempat di belakang pasukan Pakistan.

Dalam pertemuan itu, anak buah bimbingan Paul Revington tumpas 1-3 kepada pasukan India walaupun Fauzi Saari membuka jaringan pada minit ke 34.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");