Isu Panas

Lebih ramai tanding Naib Presiden lebih baik – Isa Samad

isa samad

ALOR SETAR 5 Sept. – Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menganggap lebih ramai calon berani menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO adalah lebih baik untuk parti.

Katanya, penawaran ini diizinkan oleh parti untuk memberi (lebih banyak) pilihan kepada ahli.

“Saya pula menawarkan diri kerana yakin ada sedikit kebolehan dan pengalaman akan dapat membantu kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Lebih ramai orang muda menawarkan diri bertanding adalah lebih baik. Kita mahu ada kesinambungan gabungan pemimpin veteran dan muda,” katanya kepada pemberita bila diminta mengulas mengenai hasratnya bertanding jawatan itu pada pemilihan bulan depan.

Mohd. Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol ditemui semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Felda Wilayah Alor Setar di sini, hari ini. – BERNAMA

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");