Jenayah

Lumba haram: Tiga remaja maut

crime

ROMPIN – Tiga remaja yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram, maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori, di Km 120.25 Jalan Kuantan-Segamat dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Mubarak Mohd Sabri, 18, Muhammad Hakim Ghazali, 17, dan Muhammad Ilham Khuzaimi Ahmad Roslan, 16.

Ketiga-tiganya dari Felda Keratong 8 dekat sini. Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahaya berkata Muhammad Hakim merupakan pelajar kolej manakala dua lagi mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong 10.

Beliau berkata, nahas berlaku apabila lori berkenaan yang datang dari arah Segamat menuju Kuantan memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan ketiga-tiga motosikal mangsa.

Pemandu lori berkenaan melarikan diri selepas kemalangan dan sehingga kini masih belum membuat laporan polis, katanya.

Johari meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar menghubungi polis.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");