Jenayah
Like

Minyak RON95 & Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

September 2, 2013
74 Views
4 Comments
1 minute read
no-cover

minyak lgPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

– BERNAMA

Komen & Pendapat

4 Comments

  1. adib

    ala..20 sen jer…BRIM RM1000..apa kisah

  2. pernahsihatpaklang

    Ron95 rata2 keta 1.5cc kebwh guna. Kebanyakkannya berprndapatan sederhana kebawah .diesel byk digunakan oleh transportatiin industry……boleh bayang kesan harga naik mencanak2 ?.

    Nak naik bagi naik ron97.cukai kereta import 2.0 cc keatas…barang2 luxury mcm beg hermes kak ros.

    Apa yg pi tekan golongan pertengahan kebwah. Ambik duit gol ni cycyle bagi brim kat golongan ni jugak. Tak ke mana.

  3. don melayu

    Pada ak kenaikan harga minyak ni tak mengejut sangat sebab ianya bkn drastik..rakyat kena paham yg langkah kwrajaan mengurangkan subsidi demi nak mnambah pndapatn negara,bila pndapatan negara kita bertambah maka kita blh mncapai hasrat kita utk mnjadi negara maju..mcm mana negara nak maju kalau semua bnda kerjaan nak tnggung subsidi bila negara nak maju..lagi satu duit tu blh kerajaan tmpukan utk kebajikan dan pembangunan lain utk rakyat malaysia jgk..

  4. hasru

    Simpati pd rkyat yg miskin n brpndaptn rndah adlh sgt prlu. Janji bg BR1M bkn mmbntu krajaan utk jngka pnjang pun. Kaji smula. Dgr pndangn bnyak pihak. X smsti pndangn dlm klompok kta ada baik bgtu jgk sbsliknya. Apa yg psti knaikn ini aksn mmberi impak trhadap bebann sara hdup isi rumah rakyat mahrain.

Leave a Reply