Sukan Hari Ini

Nasib berbeza Beng Hee, Wee Wern

Beng hee

Kuala Lumpur: Ketika Ong Beng Hee berjaya mempertahankan gelaran juara, tetapi nasib berbeza dialami Low Wee Wern yang terpaksa akur melepaskan kejuaraan yang disandangnya kepada Nicol David pada aksi final Kejohanan Skuasy Kebangsaan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.

Nicol yang menjuarai kejohanan itu pada edisi pertama pada 2010 dan kedua tahun berikutnya bagaimanapun terpaksa mengerah keringat 67 minit sebelum menjinakkan Wee Wern 11-8, 11-5, 7-11, 11-8 dalam pertembungan dua pemain kelahiran dari Pulau Pinang itu.

“Dalam dua set pertama, saya hanya mahu mendapatkan rentak manakala Wee Wern sudah pun menunjukkan permainan mantap dan ketika itu saya terpaksa mengerah tenaga untuk mengambil sebarang peluang.

Hadiah menang berbeza

“Saya tidak rugi apa-apa tetapi dia mahu mempertahankan kejuaraan. Jadi, setiap mata penting dan kadang-kadang kami tidak sabar sehingga melakukan beberapa kesilapan,” kata Nicol yang tidak beraksi tahun lalu.

Sementara itu, Beng Hee yang menumpaskan Md Nafiizwan Md Adnan 11-7, 11-9, 8-11, 9-11, 11-6 dalam tempoh 91 minit berkata: “Nafiizwan sentiasa melawan dengan baik dan saya sebenarnya kehilangan fokus pada set awal, tetapi set kelima saya berjaya fokus semula pada perlawanan. Kejohanan ini pemanas badan buat kami sebelum Terbuka Malaysia (10 hingga 15 September) ini.”

Kemenangan itu membolehkan Beng Hee membawa pulang RM10,000, manakala Nicol memenangi RM6,000.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");