Berita Hari Ini

Negara rugi RM120 juta setahun

ISMAIL SABRI

KOTA BHARU – Negara mengalami kerugian kira-kira RM120 juta setahun, akibat aktiviti mengorek pasir dan pembalakan sejak 2008 menyebabkan penanaman padi di Kelantan, terjejas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerugian merangkumi RM60 juta bagi semusim penanaman padi dalam setahun iaitu dua musim melibatkan 6,000 petani di negeri ini.

“Kesan aktiviti mengorek pasir dan pembalakan ini menyebabkan gangguan terhadap amalan pengairan  kepada 6,000 petani di kawasan Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

“Aktiviti tersebut paling teruk berlaku pada 2008 dan sehingga kini masih berlaku menyebabkan kerajaan membina empangan rendah bagi meningkatkan paras air sungai,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Lembaga Pertubuhan Peladang di Panji,  semalam.

Kata beliau, bagi menyelesaikan masalah itu, inisiatif membina empangan rendah akan dijalankan di hadapan rumah pam bagi menaikkan paras air berkenaan.

“Sebanyak RM39 juta kos tambahan diperuntukkan membina empangan rendah bagi menaikkan paras air dan membolehkan pam disedut dan disalurkan ke sawah padi.

“Empangan ini merentasi Sungai Kelantan dan bakal dibina di Kampung Kubang Pak Amin, Kasa, Pasir Mas pada masa terdekat dan satu lagi cadangan empangan di Kemubu pada tahun hadapan,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai penggunaan tanah bagi pembinaan empangan dan percaya kerajaan Kelantan akan membenarkannya bagi kemudahan petani di negeri ini.

Tambah beliau, kerajaan pusat turut memperuntukkan RM5 juta bagi mengatasi masalah lumpur sungai di kawasan pam dan mengelak lumpur menjejaskan sawah.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");