Jenayah

Ops 6P: Tujuh warga asing diberkas

asing

Antara warga Afrika yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur:-

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen cedera akibat bergelut dengan warga Afrika dalam Ops 6P di Kepong Prima, di sini, Rabu lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu jatuh ketika cuba melarikan diri.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, pihaknya berjaya memberkas lelaki tersebut bersama lapan individu, termasuk seorang wanita warga tempatan, dalam operasi itu.

“Kami menyerbu beberapa gerai makan di Kepong Prima yang menjadi tumpuan warga Afrika,” katanya.

Menurutnya, tujuh warga asing itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kami mendapati individu ditahan itu memiliki pas pelajar dan pas lawatan sosial. Wanita warga tempatan itu ditahan kerana menghalang pegawai imigresen menjalankan tugas,” katanya.

Kesemua yang ditahan itu berusia 25 hingga 42 tahun, dihantar ke Depoh Tahanan Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");