Berita Hari Ini

Palanivel Kekal Presiden MIC

palanivel1

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menyerahkan borang pencalonan jawatan Presiden MIC kepada Pegawai Pengurus Jawatankuasa Komuniti 2013, Tan Sri K.Kumaran di Wisma MIC di Kuala Lumpur pada Ahad. -foto BERNAMA:-

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengekalkan jawatannya apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan presiden parti di sini Ahad. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Tetap parti yang mengetuai Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri K. Kumaran.

Kumaran berkata, selepas penamaan calon ditutup, hanya seorang sahaja dicalonkan iaitu Palanivel dengan 617 pencalonan.

“Palanivel akan memegang jawatan Presiden MIC selama tiga tahun (sehingga 2016) atau sehingga pemilihan baru presiden parti diumumkan,” katanya di Ibu Pejabat MIC di sini, Ahad.

Proses penamaan calon Presiden MIC dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari Ahad.

Jawatan Presiden MIC dipilih oleh 3,702 pengerusi cawangan di seluruh negara.

Palanivel yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memegang jawatan Presiden MIC sejak Disember 2010.

Beliau mengambil alih jawatan presiden parti selepas Datuk Seri S. Samy Vellu berundur setelah memegang jawatan itu selama 31 tahun.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");