Berita Hari Ini

Pasukan PBB tinggalkan Syria

pbb

DAMSYIK – SYRIA: Pasukan penyiasat senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dilaporkan mula meninggalkan Syria selepas selesai mengumpul sampel serangan, kelmarin.

Menurut pegawai, pasukan yang diketuai Ake Sellstrom dan Angela Kane, dilihat meninggalkan hotel di Damsyik dan menuju ke Lubnan, awal pagi.

Malah, jurucakap PBB melaporkan kepada Agensi bahawa Martin Nesirky mengesahkan, pasukan disertai 20 petugas itu hanya akan keluar dari Syria sebaik sahaja berjaya menyelesaikan tugasan mereka.

Dalam perkembangan lain, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tetap mahu melaksanakan tindakan kekerasan terhadap kerajaan Bashar al-Assad yang didakwa sebagai dalang serangan senjata kimia dan telah membunuh seramai 1,429 orang, minggu lalu.

Obama juga, mendakwa serangan senjata kimia di Syria sedikit sebanyak mengancam keselamatan AS.

Bagaimanapun di Rusia, Presidennya, Vladimir Putin, menyelar dakwaan Obama serta melabelkannya sebagai tidak masuk akal.

“Tentera kerajaan Syria sememangnya terancam dan kedudukan mereka pun di dalam kawasan pemberontak. Dalam keadaan ini, amat tipis peluang mereka untuk mendapatkan bantuan senjata kimia dari luar,” kata Putin ketika ditemui media tempatan di Vladivostok, Rusia.

Putin turut menggesa Washington agar menunjukkan bukti bahawa Damsyik adalah dalang serangan.

“Jika AS mempunyai bukti yang kukuh, sila tampilkan bukti itu kepada penyiasat PBB dan Majlis Keselamatan,” katanya sambil menambah jika Barat gagal menunjukkan bukti itu bermaksud mereka hanya bercakap kosong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");