Isu Panas

Pemilihan Umno: Calon tak boleh ‘promote’ diri

pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR – Calon yang bertanding dalam pemilihan Umno pada Oktober depan tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian sekaligus mengeluarkan manifesto peribadi.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Khas berkata, calon hanya boleh mempromosikan diri melalui program-program yang diaturkan Badan Perhubungan Umno setiap negeri.

Menurutnya,  Badan Perhubungan Umno Negeri juga akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober.

“Calon tak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan Umno.

“Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");