Jenayah

Pengawal Keselamatan Halang Cubaan Larikan Mesin ATM

gambar hiasan:-
gambar hiasan:-
JOHOR BAHARU: Seorang pengawal keselamatan berjaya menghalang sekumpulan lelaki bertopeng daripada melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Johor Jaya di sini, Ahad.

Pengawal keselamatan itu menyedari kegiatan kumpulan tersebut yang telah mengikat tali dan menarik mesin ATM yang terletak Jalan Ros Merah 2 itu pada 7.30 pagi dan bertindak menghalang mereka.

Dalam satu pergelutan dengan salah seorang daripada lelaki berkenaan, dia telah dipukul di kepala dan mengalami kecederaan ringan.

Pengurus bank tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Huang berkata, kejadian berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) bank itu namun identiti suspek tidak dapat dikenal pasti kerana mereka memakai topeng muka.

Ketua Polis Dearah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Pihaknya akan meneliti rakaman CCTV itu bagi menentukan sama ada ia mempunyai kaitan dengan beberapa kejadian melarikan mesin ATM baru-baru ini.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");