Perak Hari Ini

Pesara TUDM Mangsa Terbaru Kes Tembak Di Ipoh

tembak rishah

Lagi kes tembak dilaporkan berlaku di bandaraya Ipoh dan terbaru seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas ditembak dari jarak dekat, kira-kira jam 7.10 pagi tadi.

Akibat tembakan itu, S Jambu Keshan, 39, disahkan meninggal dunia sebelum tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketika kejadian, mangsa yang bersara sejak lima tahun lalu sedang mengangkat barang dari kereta Perodua Kancil sebelum didatangi suspek yang menaiki kereta Toyota Vios.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, sejurus menghampiri mangsa, salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai topi keledar menutup muka lalu melepaskan tiga das tembakan dari jarak dekat.

Jelasnya, mangsa di bawa ke HRPB oleh ahli keluarganya tetapi menghembuskan nafas terakhir sebelum tiba di hospital.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");