Jenayah

Promosi arak guna lambang masjid

arak di masjid

Laporan akhbar Sinar Harian pada 29 Ogos lalu mengenai sebuah iklan arak menggunakan gambar masjid:-

GEORGETOWN – Sebuah syarikat hiburan di Jalan Penang bakal dikenakan tindakan denda maksimum RM2,000 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) gara-gara mempromosikan minuman keras menggunakan lambang masjid.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, pendakwaan berkenaan dikeluarkan melalui Undang-Undang Kecil Iklan MPPP 2000.

“Kami mahu mengambil tindakan sewajarnya terhadap premis ini memandangkan ia juga akan menjadi pengajaran kepada pihak lain bahawa jangan sesekali cuba menyentuh isu sensitiviti agama.

“Kerajaan negeri juga sedang meneliti undang-undang sedia ada yang lain supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Sinar Harian pada 29 Ogos lalu mengenai sebuah syarikat hiburan dipercayai menggunakan lambang masjid untuk mempromosikan minuman arak.

Pada kain rentang iklan berkenaan, syarikat hiburan tersebut mempromosikan minuman keras dengan menggunakan ucapan Selamat Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan.

Tindakan berkenaan dilihat seolah-olah cuba menarik umat Islam untuk melihat iklan berkenaan kerana terdapat gambar masjid.

Sementara itu, koordinator Pemuda Umno Tanjung, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, promosi yang menggunakan kain rentang itu diletakkan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang dan dipercayai dipasang sejak awal bulan ini.

Menurutnya, lebih memalukan apabila jalan berkenaan adalah antara laluan utama ke Komtar iaitu pejabat kakitangan kerajaan dan juga tumpuan pelancong.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");