Jenayah

Ramai mula buang tatu di negara jiran

tatoo

Kesan tatu yang dicacah pada badan ahli kongsi gelap Geng 36 yang ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Perak, semalam.

IPOH – Ramai ahli kongsi gelap kini dipercayai ke negara jiran untuk membuang tatu lambang kumpulan mereka setelah pendedahan yang dibuat polis, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, sehubungan itu, Polis Perak menempatkan satu pasukan khas di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Hulu bagi mengesan anggota kongsi gelap yang ke negara jiran bagi tujuan itu.

Katanya, pihak polis pada masa sama turut mendedahkan badan sembilan lelaki yang ditahan dalam Ops Cantas Khas di beberapa daerah di negeri ini dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 36.

“Kesan torehan pisau pada lengan kanan dipercayai ada kaitan dengan ritual angkat sumpah kumpulan berkenaan. Kesemua mereka berusia antara 17 hingga 37 tahun itu diberkas mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

“Selain kesan torehan pisau, terdapat juga kesan tatu dan lambang bercorak nombor 36 serta imej haiwan seperti burung dan ikan.

“Mereka ini adalah kumpulan pertama yang ditahan dan disiasat mengikut peruntukan undang-undang itu dan direman sehingga Sabtu ini untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Seminar Program Pendidikan Kewangan di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.

Program anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri itu dirasmikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam pada itu, Dzuraidi berkata, pihaknya juga sedang melengkapkan siasatan dan akan mengemukakan kepada pendakwa raya untuk mendakwa mereka di mahkamah.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");