Sukan Hari Ini

Rayzam bidas KOM isu atlet kategori A

Rayzam

Kuala Lumpur: Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hanya akan menghantar atlet kategori A ke Sukan SEA Myanmar, Disember ini mengundang resah atlet dan ada yang membantah kerana percaya mereka masih mampu meraih pingat dan perlu diberi peluang.

Antaranya – atlet 110 meter lari berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian yang tidak bersetuju dengan keputusan itu yang beranggapan mereka masih berpeluang walaupun gagal melepasi had kelayakan.

Rayzam Shah yang belum melepasi had kelayakan 13.96 saat berkata, sekalipun gagal layak secara merit tetapi peluang memenangi pingat masih terbuka kerana juara bertahan, Jamras Rittidet dari Thailand turut bergelut dengan prestasi tidak menentu.

“Ia tidak wajar kerana peluang memenangi pingat 50-50. Sekarang, saya berada di ranking kedua di Asia Tenggara iaitu di belakang Jamras yang ada kalanya bergelut dengan prestasi tidak menentu dan tidak cergas sepenuhnya” Rayzam Shah Wan Sofian, Atlet 110 meter lari berpagar

Ranking ketiga ASEAN

“Ia tidak wajar kerana peluang memenangi pingat 50-50. Sekarang, saya berada di ranking kedua di Asia Tenggara iaitu di belakang Jamras yang ada kalanya bergelut dengan prestasi tidak menentu dan tidak cergas sepenuhnya.

“Begitu juga dengan Robani Hassan (seorang lagi atlet 110m lari berpagar negara yang masih belum layak) yang turut mempunyai peluang memenangi pingat memandangkan dia berada di ranking ketiga Asia Tenggara.

“Jika keputusan ini untuk acara 100m, itu tidak mengapa kerana peluang untuk memenangi pingat memang sukar apa lagi jika sekadar dihantar atas tiket kategori B,” katanya yang berlepas ke Bangkok, malam tadi bagi menyertai Terbuka Thailand.
BH Sukan semalam melaporkan Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad membuat keputusan tegas memilih atlet ke temasya bermula pada 11 hingga 22 Disember itu dengan alasan mahu menetapkan standard olahraga negara, sekali gus menutup pintu atlet untuk beraksi atas tiket kategori B.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");