Sukan Hari Ini

Rossi yakin naik podium

rossi

BEKAS juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari pasukan Yamaha yakin naik kedudukan podium menjelang perlumbaan MotoGP San Marino, Ahad ini.

Digelar ‘The Doctor’, beliau optimis menguasai Litar Misano kerana jaraknya terletak cuma 10 kilometer dari kampung halaman Rossi di Tavullia, Itali.

“Litar Misano adalah ‘rumah’ saya dan cukup suka dengan balapannya. Saya kerap naik podium bersama Yamaha dan akan berusaha sebaiknya untuk tidak merosakkan rekod ini.

“Ketika mewakili Ducati, saya juga miliki rekod cemerlang,” katanya.

Untuk rekod, Rossi muncul pemenang pada 2008 dan 2009 dan akhiri saingan di tempat ketiga pada 2010.

Begitu pun, dalam tiga aksi terakhir Rossi, beliau sekadar tamatkan pertandingan di kedudukan keempat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");