Berita Hari Ini

Rumah reput hampir roboh

RUMAH REPUT

KUALA KURAU – Tiada pilihan dan tidak mampu! Itu reaksi seorang warga emas yang terpaksa menghuni sebuah rumah yang semakin mereput dan usang.

Rodiah Osman, 71, berkata, rumah yang didiaminya itu sudah berusia lebih 50 tahun dan beberapa tiang utama kediaman berkenaan sudah reput.

Menurutnya, bahagian dapur rumahnya sudah terlalu usang sehinggakan dia takut mengunakan kawasan itu hingga terpaksa menumpang dapur milik jiran untuk memasak.

“Bahagian dapur merupakan jalan pintas untuk makcik pergi ke bilik mandi kerana berada di luar rumah, kini makcik takut ingin melalui kawasan itu akibat keadaannya yang sangat usang,” katanya.

Rodiah berkata, dua anaknya menyedari masalah tersebut namun mereka tidak berupaya membantu membaik pulih rumahnya akibat kekangan kewangan.

Katanya, dia juga tidak mahu menyusahkan kedua-dua anaknya kerana mereka mempunyai keluarga sendiri untuk ditanggung.

“Makcik pula hanya bergantung kepada duit bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tidak mampu membiayai kos membaik pulih rumah ini sendiri.

“Lebih memeritkan, setiap kali hujan lebat, rumah makcik akan dimasuki air kerana bumbung rumah bocor,” katanya.

Rodiah berharap pihak berkenaan dapat tampil membantu baik pulih kediamannya bagi membolehkan dia hidup dengan lebih selesa.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");