Sukan Hari Ini

Salahkan diri sendiri: Azraai

mohd Azraai

Ipoh: Perak perlu menyalahkan diri sendiri di sebalik kekalahan 0-1 kepada Kedah dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Perak, malam kelmarin sekali gus menyukarkan misi mara ke suku akhir piala keagungan bola sepak negara itu.

“Kami tidak lakukan apa yang dirancang. Pemain hilang fokus di hujung perlawanan menyebabkan kami dihukum dengan jaringan lawan di saat akhir perlawanan,” kata ketua jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Dia yang kecewa dengan kekalahan itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada sesiapa sebaliknya mengambil tanggungjawab di atas kegagalan anak buahnya itu.

Cari susah
“Kegagalan pasukan adalah kegagalan saya. Perancangan saya jelas tidak menjadi. Arahan saya tidak dilaksana dengan baik. Ini seharusnya menjadi iktibar kepada pasukan agar ia tidak berulang lagi pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di laman lawan Sabtu ini,” katanya.

Kini Azraai mempunyai tugas berat mengembalikan keyakinan dan semangat anak buahnya menjelang pertemuan misi getir itu yang menuntut mereka memenanginya sekiranya mahu mara ke suku akhir.

“Kami sengaja cari susah dengan tidak mengutip mata penuh walaupun berpeluang berbuat demikian. Sekarang kami terpaksa menunggu hingga ke saat akhir untuk mengetahui sama ada mampu meneruskan kemaraan atau tidak,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");