Jenayah

Samun di Melaka, kena cekup di KL

gari 1

MELAKA – Cubaan seorang lelaki yang cuba melarikan diri ke ibu negara selepas kerap melakukan jenayah samun melibatkan asrama pelajar di negeri ini tidak berjaya apabila dicekup polis Jumaat lalu.

Suspek yang berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.30 petang di Terminal Bas Salak Selatan, Kuala Lumpur sejurus turun dari bas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek ditangkap selepas polis menerima laporan berkaitan jenayah yang dilakukan iaitu menyamun barang berharga milik pelajar perempuan di asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus bandar raya di sini.

”Polis percaya suspek bertindak keluar dari negeri ini dan menaiki bas ke ibu negara untuk melarikan diri dan cuba untuk bekerja di Kuala Lumpur.

”Hasil siasatan mendapati, suspek banyak melakukan samun rumah pelajar UiTM di bandaraya ini termasuk pecah rumah dan curi kereta,” katanya ketika ditemui di pe jabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

– KOSMO!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");