Isu Panas

‘Saya bukan proksi Rafidah’

MAZNAH MAZLAN / GRADUAN ASPIRE 2011

Calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan menafikan beliau menjadi proksi kepada mana-mana pihak termasuk bekas ketua wanita pergerakan itu, Tan Sri Rafizah Aziz.

Menurut Maznah, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan nombor satu dalam sayap parti itu pada saat-saat akhir Sabtu lalu, tanpa merujuk kepada sesiapa.

Pada sidang media hari ini, Maznah yang juga bekas timbalan menteri sumber manusia berharap semua pihak menghormati pandangan dan keputusan yang dibuatnya.

Maznah yang juga Adun Muadzam Shah berkata, beliau memaklumkan hasratnya itu kepada beberapa pemimpin tertentu termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob melalui kiriman SMS tetapi tidak kepada Rafidah.

Menurutnya lagi, sehingga hari ini, beliau tidak mempunyai masa untuk menghantar kiriman SMS kepada Rafidah tetapi percaya bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu mengetahuinya melalui media massa.

Mazlan bakal mencabar penyandang bagi jawatan tersebut Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anak bekas ketua Penerangan Umno, Raihan Sulaiman dalam pemilihan sayap parti itu 12 Oktober ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");