Laporan Eksklusif

‘Saya Redha Dengan Ketentuan Ilahi’: Rosnamsiati

balu hashim

“Ajal maut adalah ketentuan Allah SWT dan saya redha dengan takdir Allahyarham pergi dalam sekelip mata. Saya tabahkan hati kerana Allah lebih sayangkannya,” demikian ujar Rosnamsiati Mohd Daham, balu arwah Hashim Abdul Latif yang meninggal dunia di Makkah, Sabtu lalu.

Allahyarham Hashim, 60, menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 12.01 pagi waktu Makkah setelah pengsan akibat terjatuh dalam bilik mandi.

Menurut Rosnamsiati, 59, arwah suaminya pernah mengadu sakit dada dan pasangan itu berjaya melaksanakan ibadah umrah setelah tiba di Tanah Haram beberapa hari sebelum kejadian.

Allahyarham Hashim dan Rosnamsiati berasal dari Kampung Rapat, dekat Ipoh.

Sementara itu, Rosnamsiati merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan di atas pertolongan serta bantuan yang diberikan oleh pihak Tabung Haji (TH) ketika menguruskan jenazah arwah suaminya.

“Sokongan pihak TH banyak membantu saya untuk meneruskan ibadah haji dan saya berharap dapat melengkapkan semua rukun-rukun hingga selesai,” katanya lagi.

Rosnamsiati juga berpesan kepada anak-anak agar sentiasa membaca Al Quran dan mendoakan agar roh arwah ayah mereka ditempatkan bersama golongan soleh dan beriman.

“Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga serta saudara mara di seluruh Malaysia yang banyak membantu anak-anak saya,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");