Sukan Hari Ini

Schweinsteiger terlepas pertemuan genting

BASTIAN Schweinsteiger masih ragu untuk disenaraikan pada pertembungan berdepan Hannover walaupun mula menjalani latihan bersama pasukan Bayern Munich, Selasa lalu.

Tonggak utama Jerman itu mengalami kecederaan buku lali ketika Bayern seri 1-1 menentang Freiburg sekali gus terlepas perlawanan Piala Super Uefa bertemu Chelsea, tiga hari kemudian.

Kehilangan Schweinsteiger menyaksikan Arjen Robben atau Daniel van Buyten bakal ambil alih posisi berkenaan di Allianz Arena selepas masing-masing pulang daripada tugasan antarabangsa baru-baru ini.

Sementara itu, Robben berkata, dia pernah bergelut situasi sama seperti dialami Schweinsteiger ketika mewakili Chelsea, tapi kembali cipta kejayaan untuk Bavarians dalam pemburuan trofi liga.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");