Isu Panas
Like

Selangor abai tanggungjawab

September 2, 2013
60 Views
0 Comments
1 minute read
Selangor abai tanggungjawab

hamidzun

Shah Alam: Kerajaan negeri dikatakan angkuh kerana terus menuding jari terhadap pihak lain dan melupakan tanggungjawabnya memberi perkhidmatan air bersih kepada rakyat Selangor.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, berkata pihak berkuasa negeri tidak bertanggungjawab apabila ia menyalahkan syarikat pembekal air dan loji rawatan, sedangkan tanggungjawab memelihara sungai bukan bidang kuasa pihak terbabit.

Katanya, kedua-dua pihak yang dipersalahkan itu tidak boleh memproses air (mentah), sekiranya sungai tercemar.

Persoal peranan kerajaan Selangor

“Kenapa Sungai Selangor tercemar dengan tumpahan dan buangan sisa minyak ke sungai sehingga menyebabkan satu juta pengguna Selangor terjejas?

“Di mana peranan yang dimainkan oleh kerajaan Selangor yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan sungai sebagai sumber air mentah utama ini?

“EXCO Alam Sekitar Selangor perlu jelaskan kepada rakyat Selangor. Malah, ada sumber mengatakan pihak yang mencemarkan sungai adalah kontraktor utama kutipan sampah di Selangor yang ada hubungan terus dengan kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

-Berita Harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply