Membawang Hari Ini

Seminggu tayangan, KL Zombi kutip RM2 juta

zizan

MENGETENGAHKAN kisah hantu serta diselitkan dengan pelbagai genre seperti komedi dan aksi, formula tersebut berjaya menarik penonton untuk ke pawagam menyaksikan KL Zombi.

Filem arahan Woo Ming Jin yang mula ditayangkan Khamis lalu itu, setakat ini, mencatatkan kutipan kasar lebih RM2 juta.

Perkara itu disahkan sendiri pelokon utamanya, Zizan Raja lawak menerusi laman Twitternya, hari ini.

“Alhamdulillah, filem #KLZombi mencecah RM2juta selepas empat hari tayangan di panggung.

“Terima kasih dan teruskan sokongan anda,” katanya.

Selain itu, filem tersebut yang menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani juga dilaporkan berjaya menduduki tangga ketiga carta filem paling laris di Golden Screen Cinemas.

KL Zombi merupakan versi filem untuk novel Fixi dengan judul Zombijaya dan telah menelan kos pembikinan sebanyak RM1.3 juta.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");